View complete fotopage
|
|
| Monday, 4-Feb-2008 11:13 |
Email | Share | Bookmark |
|
Sekeping tiket ke Serdang
|
|
Dah lama tak menulis...
So, this is my special entry. Sbnarnya, ianya ditulis pd bulan Ogos tahun lepas, sempena Bulan Kemerdekaan negara yg ke 50. ..Sajer nk publish kat sini lak.
Hmm some of my fwens said that my writings are something like 'ruangan pojok' dalam majalah.Ehem... Yeah, writing is my foremost interest. i love writing. No matter what genre it is..)
Okey, back to the topic... Sebenarnya saya nak berkogsi sedikit pengalaman tentang erti kemerdekaan dalam ruangan ni, di samping melepaskan gian menulis.
Okeh, ingat lagi tulisan saya dalam "Panik, Pujangga dan Pahlawan"? Peristiwa yang tak dapat dilupakan yang terjadi sewaktu saya menunggu train... =) Tapi saya masih saya, masih dengan kedegilan yang sukar disental ini, dan saya masih tidak serik untuk menggunaakn kemudahan awam yang satu ini. Hmm ini mungkin alasan termanis bagi mereka yang masih tidak punya kereta sendiri seperti saya agaknya... So, kisah ini juga terjadi di stesen keretapi, tapi kisah kali ini membuatkan saya tersentuh, terharu, dan bersyukur kerana dilahirkan di negara aman damai iaitu Malaysia. Tiada yang sebaik Malaysia!
Alkisahnya, saya yang ketika itu baru menerima gaji pertama sebagai pensyarah di kolej swasta, keluar shopping dengan seorang rakan. Niat awal, hanya untuk temankan dia mengambil baju pengantin, tapi niat itu berlarutan apabila melihatkan harga runtuh (yang memang meruntuhkan poket saya) yang ditawarkan di sebuah pasaraya terkemuka di ibu negara. Melihatkan harga yang berpatutan,kualiti yang bagus, dan kegunaan barang tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk membeli set cadar tersebut. Bagi saya,barang yang kualitinya bagus, boleh dipakai dan disimpan lama. Bolehlah ditunjukkan kepada anak-anak nanti,inilah hasil gaji pertama mama dahulu...(HUHU berangan) Sambil tersenyum meleret, saya menjinjit set cadar DAN comforter yang agak besar itu untuk menaiki train. Semetara, kawan saya tadi, tidak dapat menghantar saya pulang,kerana dia perlu balik ke rumah kakaknya di Ampang. Lagi pula,saya tak mahu terjadi apa-apa kepadanya dalam perjalanan balik sekiranya dia menghantar saya ke Serdang. Orang tengah darah manis la katakan..
Sampai di stesen bandar Tasik selatan, saya bergegas menuju ke stesen komuter untuk menaiki keretapi terakhir pada malam itu. Di tangan kanan saya, ada set comforter, dan di tangan kiri saya ada set Grilled Chicken Foldover dan bubur ayam Mc D yang dikirim oleh kakak. Dengan berbondong-bondong sebegitu, saya berlari-lari anak ke kaunter tiket. Nasiblah ada escalator yang memudahkan larian saya... Hehehe, Sampai di kaunter, TUTUP terpampang besar2.. yelah, dah jam berapa...Melihat kepada mesin tiket, ada dua barisan panjang yang bergerak macam tak nak bergerak jer. Saya pun pantas menyelitkan diri dalam salah satu barisan. Tentulah mereka akan memberi laluan,memandangkan barang2 yang saya bawa memudahkan saya untuk diberi laluan. Siapa yang nak ditumpahi dengan Bubur Ayam Mc D, kan?Hehehe...
Di hadapan saya,dua orang gadis India,yang saya lihat agak elegan. Pakaian mereka dah jauh daripada kebiasaan gadis2 India lain. Mereka juga bercakap menggunakan bahasa Inggeris slang Tamil. Hmm.. Mereka mungkin tergolong dalam India moden, fikir saya. Di hadapan mereka, ada seorang pemuda Cina yang sibuk menguruskan handphonenya. Telinga disumbat wayar headphone, dia sudah tenggelam dalam dunianya sendiri. Teringat saya iklan petronas; Rambut sama gaya,tapi hati lain-lain...melihatkan situasi itu, saya tidak ambil peduli untuk berbual. Saya turut melayan emosi sendiri.
Dipendekkan cerita, tibalah giliran pemuda cina dihadapan kami itu untuk membeli tiket. Kami yang di belakang juga telah bersiap siaga mengeluarkan dompet masing-masing. Pemuda tersebut menghulurkan not seringgit,ditolak. Hulur lagi, tolak. Hulur lagi,tolak. Jadi, dia menukar duitnya dengan dua gadis India di hadapan saya itu. Duitnya ditolak juga oleh mesin yang sangat demand tersebut. Orang di belakang kami yang telah menyedari 'there is something wrong among us', sudah mula menjengukkan kepala. Saya cuba menghulurkan bantuan. Sayangnya, duit saya juga ditolak oleh mesin tersebut. gadis2 India itu sudah mula gelisah. Barulah saya terdengar mereka merungut dalam bahasa Tamil. Mungkin saat yang kritikal barulah mengingatkan mereka akan bahasa ibunda mereka itu...Saya selongkar Hand bag, tiada langsung duit kecil yang lain. Duit syiling hanya ada cukup2 tiket ke Serdang untuk saya seorang. Jika saya gunakan duit itu untuk saya, bagaimana yang tiga orang lagi? Kalau saya berikan duit itu kepada pemuda cina itu, bagaimana pula saya dan dua gadis india itu? masalah!Gadis india dan pemuda cina itu menjeling duit syiling di tangan saya.Mungkin cemburu dengan peluang yang saya ada, dan mungkin mereka berharap saya sudi menukarkan dengan salah seorang daripada mereka. Tidak! Saya tidak boleh membuat keputusan yang kritikal seperti itu...
Selongkar punya selonhkar, ada satu not lima ringgit yang masih baru, terselit dalam dompet saya. Saya keluarkan, mereka menjeling...
Saya tekan tiket ke serdang sekali, add lagi, add lagi, sehingga mencukupkan empat. Mereka mengeilingi saya. Empat pasang mata tertumpu kepada not RM5 saya. Dengan lafaz bismillah, saya masukkan ke mesin. Sesaat, dua saat kami menunggu dalam debaran. Tren sudah beberapa kali terlepas. Dan kami sangat berharap ini adalah not bertuah kami...Yes! Akhirnya! harapan itu menjadikenyataan, apabila satu demi satu tiket ke Serdang jatuh di kotak tiket di hadapan kami. pantas mulut saya menyebut Alhamdulillah...Dua gadis India itu dengan lafaz mereka sendiri, dan pemudaitu dengan 'Jesus'nya.. Saat itu barulah saya perasaan, bahawa kami, dari tiga latar belakang yang berbeza, kepercayaan yang berbeza, boleh bersatu hati demi satu impian, Walaupun impian kami ketika itu hanyalah sekeping tiket ke Serdang!
Nampak remeh,kan? Tapi sekeping tiket ke Serdang itulah yang menyatukan empat hati kami, yang sebelum initidak pernah bersua muka. Kalau sekeping tiket ke Serdang yang entah apa-apa itu boleh menyatukan empat kami, so saya rasa,kita sebenarnya perlu ada satu pemangkin yang boleh memberikan impak besar seperti itu juga yang boleh menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita nampak macam bersatu, tetapi masih ada jurang sebenarnya di antara kaum2 di negara kita. Umpama api dalam sekam..Membakar dalam diam... Jangan tunggu sampai ia marak menyala, baru terngadah mencari setimba air untuk memadamkannya..
Gadis India dan pemuda Cina itu berkali2 ucapkan terima kasih kepada saya. Kami berjalan seiringan sambil riang berkongsi pengalaman betapa debaran mengocak hati kami sebentar tadi.. dan yang pasti, saya tidak lagi berbondong-bondong seperti tadi, kerana set comforter saya telah dijinjit pemuda cina itu dan set McD saya dijinjit salah seorang gadis India tersebut. Senang,kan? Bila perpaduan hadir, segalanya menjadi mudah! Tapi bagaimana untuk menghadirkan ia? Itu yang perlu sama-sama kita fikirkan...
( Sambil berjalan itu, saya terdetik juga, tidak adakah kamera yang merakam aksi kami itu untuk dimuatkan dalam iklan Petronas Merdeka tahun depan?) =)
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|