Want your
own Fotopage?






 
Nur's FotoPage

By: Nur Farhana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 8-Jul-2008 13:15 Email | Share | | Bookmark
Gambar2 di sebalik tabir...


Care to comment?


Sunday, 4-May-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
semalam, hari ini dan lusa...

adik dan tok
adik...
 
the colours...
the co-operation..
the shopping we did....
View all 13 photos...
Semalam, birthday adik. My last brother...Adik yang manja, tetapi semakin meningkat remaja, dia cuba untuk tidak memperlihatkan kemanjaan beliau...
Semalam tarikh dia dilahirkan. Genap tiga belas tahun dia bernyawa di dunia ini. Seakan masih baru lagi tarikh keramat itu. Seakan masih baru rasanya, saya dan abah bersengkang mata malam itu, memilih nama yang sesuai untuk beliau. Lalu, terciptalah nama seindah Abdul Halim Hanif- gabungan nama arwah tokdi, dan nama watak Hanif- seorang remaja tabah dalam novel kesayangan saya, 'Sabarlah Sayang' karya Ghazali Ngah Azia. Novel itu adalah novel pertama yang dibeli oleh saya sendiri (walaupun masih menggunakan duit abah, tapi saya yang membayarkan harganya di kaunter) ketika berumur sembilan tahun. Pada asalnya, abah ingin menamakan adik dengan Abdul Halim Hadi, gabungan nama arwah tokdi dan arwah atuk saudara abah. Tapi, mengalah dengan kedegilan saya, yang ketika itu dilamun cinta asmara dengan watak Hanif, lalu kekallah nama itu dalam sijil kelahiran adik.
Semalam, saya masih keanak-anakan, apa yang saya mahu, semua pasti hendak atau tidak, mesti dituruti. Jika tidak, rajuk saya panjang.. Dan abahlah lelaki yang satu-satunya tegar memujuk saya.

Hari ini, sudah tanggal 4 Mei 2008. Adik sudah berumur tiga belas tahun satu hari. Hari ini abah tidak lagi memujuk saya seperti dahulu. Seperti kata abah sebelum dia jatuh sakit, abah percaya dia lah orangnya...Hari ini saya sudah ada teman yang baru. Dia persis abah. Akur mendengar setiap butir celoteh saya. Rajuk saya, seakan sudah lali ditangani. Dia banyak mengajar, mendidik dan membimbing... Hari ini, saya tengok kalendar. Tinggal 25 hari lagi, saya dan dia akan diakadkan... Tinggal 25 hari lagi, saya perlu patuh betul2 pada abah, sebelum ketaatan saya, ditukarkan arah kepada dia. Tinggal 25 hari lagi, saya akan bertukar status.
Kenapa saya pilih dia?
Soalan yang dulunya saya tidak tahu jawapan.

Tapi hari ini, ketika tinggal hanya 25 hari lagi saya akan sebumbung-selantai dengannya, saya sudah tahu jawabnya apa. Saya terima dia, kerana dia diterima keluarga saya. Saya pilih dia, kerana dia telah dipilih Allah S.W.T untuk saya. Dia kirimkan pelbagai ujian kepada kami untuk melihat keredhaan kami...Dia hantarkan pelbagai ranjau untuk memupuk ketabahan kami berdua. Akhirnya, bila kami berserah setulus hati kepada-Nya, Dia kirimkan yakin kepada kami, untuk menemani hari-hari kami.
Terima kasih, duhai Rabbi... tiada kata lagi dapat saya gubah untuk menzahirkan rasa ini...
Terima kasih juga kepada mereka yang pernah hadir sebagai ujian buat kami... Baik di pihak dia, mahupun saya sendiri. Terima kasih saya kepada anda bukan sindiran, tetapi lahir seikhlas hati saya. Kerana setelah hadir anda menyusup di jalanan kami, kami menjadi semakin kuat, semakin erat, dan kami semakin kenal antara satu sama lain...Terima kasih, kawan... Namun, kepada yang masih mengharap, saya pohon maaf... Saya telah membuat keputusan, dan keputusan ini telah melibatkan banyak pihak. Tiada kuasa saya seorang untuk mengubah keputusan yang dibuat ini. Maafkan saya....


Itu kisah hari ini...Hari ini dan semalam, yang telah saya lalui. Hari esok dan lusa, masih ghaib di pengetahuan saya. seperti manusia lain, saya mengharapkan yang terbaik, InsyaAllah... Saya harap hari lusa saya, akan lebih menyedarkan saya, lebih mendidik, lebih mendewasakan saya. Saya akur, akan ranjau yang saya perlu harungi, itu lumrah alam...Sama-samalah doakan, lusa, saya masih bernafas, supaya lebih banyak bakti saya dapat tumpahkan di muka bumi ini...Dan izinkanlah kami, saya-dia, mengecap bahagia kami...

Semoga semuanya nanti berjalan dgn lancar dan baik,,,
Thu 15-May-2008 10:19
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
kak farhana..tahniah dan sayu baca entry di atas ni..moga bahagia dengan hubby selamanya...
Mon 21-Jul-2008 09:28
Posted by:mia miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 17-Mar-2008 09:19 Email | Share | | Bookmark
Kalau mereka boleh...


Ini adalah pengalaman yang dialami oleh adik saya, Aliaa ketika kami berkunjungke pasar malam untuk membeli sate baru2 in. Oh, ya, tidak lupa ucapan tahniah buat adik saya Atiah yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPMnya...Kerana kecemerlangan dia lah, maka Aliaa sudi untuk membelanja sate kepada kami sekeluarga.

Ketika berlegar-legar sambil menunggu tempahan sate kami disiapkan, seperti kebiasaan Aliaa, dia suka memerhatikan keadaan sekeliling. Waktu itu, saya tengah khusyuk memilih Yong Tau Fu untuk santapan sekeluarga. Sementara Aliaa berada di belakang saya, dan membelakang saya. Sedar tak sedar, Aliaa sudah tiada di belakang saya, tetapi sedang tunduk menghulurkan sejumlah wang kepada seorang wanita tua peminta sedekah.

Saya menghampri Aliaa, dan mencuit, tanda ingin beredar. Dia ketika itu, kelihatan masih tergamam. Selang beberapa langkah, barulah dia bersuara. "Ko tahu, kenapa aku bagi kat makcik tu duit?" Saya berpaling, pelik dengan soalan yang dia ajukan.

Lalu, Aliaa bercerita....

Ketika saya sedang memilih Yong Tau Fu, Aliaa memerhatikan sekelilng. Aliaa yang memang sukakan kanak-kanak, khusyuk memerhatikan 4 orang kanak-kanak yang memakai baju berwarna sedondon. Mungkin mereka adik-beradik atau kawan sepermainan... Umur mereka lebih kurang dalam 7 hingga 9 tahun. Mereka menghampiri makcik tua peminta sedekah, dan mulut mereka becok membincangkan sesuatu. Tertarik dengan kepetahan mereka, Aliaa memicing telinga.
Rupa-rupanya mereka berbincang berapakah duit yang perlu mereka sedekahkan kepada makcik tersebut, sedangkan mereka hanya membawa sejumlah kecil duit sahaja ke pasar malam.
Antara butir bicara yang menyentuh hati ialah, jika mereka memberi sejumlah wang itu kepada makcik itu, apa lagi yang tinggal untuk mereka untuk membeli makanan di pasar malam...Kemudian, mereka sebulat suara memutuskan untuk memberi sejumlah wang yang kecil setiap seorang. Lantas, tangan-tangan yang kecil dan comel itu, masing2 mengeluarkan 20 sen seorang dari dompet kecil masing-masing.
Aliaa, adik saya yang menjawat jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam itu, ketika itu begitu tersentuh hati melihat keikhlasan dan ketulusan 4 kanak-kanak itu. Malah, da turut terasa tersindir, jika dia yang diberi gaji ribu-ribu sebulan oleh kerajaan, tidak pernah berbuat sepert kanak-kanak itu, alangkah malunya, kanak-kanak yang masih berhingus dan hanya bergantung kepada duit poket dari ibu bapa boleh berbuat begitu. Kalau mereka boleh, mengapa tidak kita....
Lantas dari iltizam itulah, maka dia turut sama membongkok menghulurkan sejumlah wang kepada makcik tersebut...

Tahniah saya ucapkan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit. Dalam kekalutan ibu bapa sekarang yang dituduh tidak mampu mendidik anak, masih ada rupanya ibu dan bapa yang berjaya menerapkan nilai sebegitu murni ke dalam diri 4 anak itu. Tahniah!!!

alia tu umur brape skrg? bolehkah aku menguratnya wahai kakak? hoho
Sun 13-Apr-2008 02:34
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
Add comment


Tuesday, 12-Feb-2008 10:48 Email | Share | | Bookmark
balik kampung with wonderful moments...

 
 
Masjid Biru dari Istanbul, Turki
View all 9 photos...
Minggu lepas, cuti sempena sambutan hari raya cina. panjang ler jugak cuti yang dapat dikumpulkan. What more sekolah ini memang rajin menggantikan kelas. Jadi, cuti pun dapat lah bersenang lenang sket.

Perjalanan menjadi sangat menarik apabila saya pulang ke Terengganu secara konvoi dengan kereta. Dari stesen bas Mersing, saya naik bas ke KL. kemudian, dari KL, naik kereta malam tu untuk ke Terengganu. Best...Tapi penatnya, masya Allah...

Sampai ajer di rumah, melepek kepenatan...

Tapi apa yang bestnya, mama ajak ke TTI....Huuhuhuhu...Rasa itulah momen yang paling best...Dapat spend masa bersama family... DAn dapat melawat replika masjid yang cantik-cantik...tak sangka dapat tengok Masjid AL Aqsa secara dekat. Walaupun hanya REPLIKA, tapi senibinanya sebijik sejibun macam yang asal.

jana wang tambahan melalui bisnes prepaid.

http://mastereload.biz/?honeybee
Tue 12-Feb-2008 13:02
Posted by:bubbles  - [Link]
gamba pantai jambu bongkok lu tak upload ke han?
Thu 21-Feb-2008 04:26
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
Add comment


Monday, 4-Feb-2008 11:26 Email | Share | | Bookmark
Beauty lies in the eyes of beholder...

 
 
 
View all 10 photos...
Kali ini saya ingin memperkatakan tentang cantik pula. seperti tajuk yang saya katakan di atas, kecantikan itu terletak pada mata yang memandang. Bagi saya yang semenjak kecil, jarang ada yang datang dan mengatakan saya 'cantik', perkataan itu seolah 'taboo' dalam penerimaan saya, sehingga kadang-kadang bila orang mengatakan saya 'cantik', saya akan menganggap dia menyindir saya. Kenapa saya jadi begini?

Semenjak kecil, saya dibesarkan bersaingan dengan seorang kakak dan adik perempuan saya. apa yang membezakan saya dengan mereka, kulit saya agak gelap dan badan saya kurus cekeding,serta gigi saya rongak di hadapan. Sedangkan mereka, berkulit putih mulus, tubuh yang berisi dan sangat comel pada rating kanak-kanak. Jadi semenjak kecil telinga saya dipenuhi ejekan-ejekan dan perbandingan antara saya, kakak, dan adik perempuan saya oleh saudara-saudara yang nakal. Sudah tentu, masa itu, perkataan 'cantik', 'comel', atau pun 'cute', bukan ditujukan untuk saya. Lazimnya seorang budak yang masih naif, saya tak peduli apa pun, tapi setelah saya membesar sedikit, saya mulai peduli, dan sekarang apabila umur pun dah semakin renta, saya jadi tidak peduli balik. HAhahaha... Apa ada pada kata-kata orang?

Tapi saya akui, tumbesaran saya dalam kepompong itu, dimana mind setting saya telah menerima kata-kata orang bahawa saya tidak cantik, sedikit sebanyak terpengaruh dengan persekitaran itu. Itulah sebabnya, sampai sekarang, saya masih tergelak jika ada orang yang mengatakan saya cantik, ataupun rasa tersindir dengan kata-kata itu. namun, ada sesetengah kata-kata orang yang terlekat dalam kepala saya mengenai cantik.

Salah satu daripadanya kata-kata dari Allan, kenalan baru saya yang berasal dari US. Katanya; If Da vincci sees ur smile before, Monalisa won't exist, and u will be the legend until now. Saya tergelak besar mendengar kata-katanya yang saya anggap amat keterlaluan, sambil dia mengambil beberapa snap gambar saya untuk dijadikan kenang-kenangan apabila pulang ke US nanti. Betullah seperti kata saya, cantik itu terletak pada mata yang melihat, ianya subjektif, dan sangat sukar dirungkai...



Apa pun yang orang kata, saya tidak akan peduli, dan tidak pernah peduli. Apa yang saya tahu, saya suka cara saya yang tersendiri. Itu sahaja.


saya juga akan kata seperti Allan.
Wed 20-Feb-2008 17:38
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
aku ingin mengurat kakakmu, bolehkah?
Wed 20-Feb-2008 17:42
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
korang ni memang dlm ketegori cantik..
satu anugerah tuhan..
Fri 18-Jul-2008 13:53
Posted by:Artcreative info@artcreative.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 4-Feb-2008 11:13 Email | Share | | Bookmark
Sekeping tiket ke Serdang

 
Dah lama tak menulis...
So, this is my special entry. Sbnarnya, ianya ditulis pd bulan Ogos tahun lepas, sempena Bulan Kemerdekaan negara yg ke 50. ..Sajer nk publish kat sini lak.
Hmm some of my fwens said that my writings are something like 'ruangan pojok' dalam majalah.Ehem... Yeah, writing is my foremost interest. i love writing. No matter what genre it is..)

Okey, back to the topic... Sebenarnya saya nak berkogsi sedikit pengalaman tentang erti kemerdekaan dalam ruangan ni, di samping melepaskan gian menulis.

Okeh, ingat lagi tulisan saya dalam "Panik, Pujangga dan Pahlawan"? Peristiwa yang tak dapat dilupakan yang terjadi sewaktu saya menunggu train... =) Tapi saya masih saya, masih dengan kedegilan yang sukar disental ini, dan saya masih tidak serik untuk menggunaakn kemudahan awam yang satu ini. Hmm ini mungkin alasan termanis bagi mereka yang masih tidak punya kereta sendiri seperti saya agaknya... So, kisah ini juga terjadi di stesen keretapi, tapi kisah kali ini membuatkan saya tersentuh, terharu, dan bersyukur kerana dilahirkan di negara aman damai iaitu Malaysia. Tiada yang sebaik Malaysia!

Alkisahnya, saya yang ketika itu baru menerima gaji pertama sebagai pensyarah di kolej swasta, keluar shopping dengan seorang rakan. Niat awal, hanya untuk temankan dia mengambil baju pengantin, tapi niat itu berlarutan apabila melihatkan harga runtuh (yang memang meruntuhkan poket saya) yang ditawarkan di sebuah pasaraya terkemuka di ibu negara. Melihatkan harga yang berpatutan,kualiti yang bagus, dan kegunaan barang tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk membeli set cadar tersebut. Bagi saya,barang yang kualitinya bagus, boleh dipakai dan disimpan lama. Bolehlah ditunjukkan kepada anak-anak nanti,inilah hasil gaji pertama mama dahulu...(HUHU berangan) Sambil tersenyum meleret, saya menjinjit set cadar DAN comforter yang agak besar itu untuk menaiki train. Semetara, kawan saya tadi, tidak dapat menghantar saya pulang,kerana dia perlu balik ke rumah kakaknya di Ampang. Lagi pula,saya tak mahu terjadi apa-apa kepadanya dalam perjalanan balik sekiranya dia menghantar saya ke Serdang. Orang tengah darah manis la katakan..

Sampai di stesen bandar Tasik selatan, saya bergegas menuju ke stesen komuter untuk menaiki keretapi terakhir pada malam itu. Di tangan kanan saya, ada set comforter, dan di tangan kiri saya ada set Grilled Chicken Foldover dan bubur ayam Mc D yang dikirim oleh kakak. Dengan berbondong-bondong sebegitu, saya berlari-lari anak ke kaunter tiket. Nasiblah ada escalator yang memudahkan larian saya... Hehehe, Sampai di kaunter, TUTUP terpampang besar2.. yelah, dah jam berapa...Melihat kepada mesin tiket, ada dua barisan panjang yang bergerak macam tak nak bergerak jer. Saya pun pantas menyelitkan diri dalam salah satu barisan. Tentulah mereka akan memberi laluan,memandangkan barang2 yang saya bawa memudahkan saya untuk diberi laluan. Siapa yang nak ditumpahi dengan Bubur Ayam Mc D, kan?Hehehe...

Di hadapan saya,dua orang gadis India,yang saya lihat agak elegan. Pakaian mereka dah jauh daripada kebiasaan gadis2 India lain. Mereka juga bercakap menggunakan bahasa Inggeris slang Tamil. Hmm.. Mereka mungkin tergolong dalam India moden, fikir saya. Di hadapan mereka, ada seorang pemuda Cina yang sibuk menguruskan handphonenya. Telinga disumbat wayar headphone, dia sudah tenggelam dalam dunianya sendiri. Teringat saya iklan petronas; Rambut sama gaya,tapi hati lain-lain...melihatkan situasi itu, saya tidak ambil peduli untuk berbual. Saya turut melayan emosi sendiri.

Dipendekkan cerita, tibalah giliran pemuda cina dihadapan kami itu untuk membeli tiket. Kami yang di belakang juga telah bersiap siaga mengeluarkan dompet masing-masing. Pemuda tersebut menghulurkan not seringgit,ditolak. Hulur lagi, tolak. Hulur lagi,tolak. Jadi, dia menukar duitnya dengan dua gadis India di hadapan saya itu. Duitnya ditolak juga oleh mesin yang sangat demand tersebut. Orang di belakang kami yang telah menyedari 'there is something wrong among us', sudah mula menjengukkan kepala. Saya cuba menghulurkan bantuan. Sayangnya, duit saya juga ditolak oleh mesin tersebut. gadis2 India itu sudah mula gelisah. Barulah saya terdengar mereka merungut dalam bahasa Tamil. Mungkin saat yang kritikal barulah mengingatkan mereka akan bahasa ibunda mereka itu...Saya selongkar Hand bag, tiada langsung duit kecil yang lain. Duit syiling hanya ada cukup2 tiket ke Serdang untuk saya seorang. Jika saya gunakan duit itu untuk saya, bagaimana yang tiga orang lagi? Kalau saya berikan duit itu kepada pemuda cina itu, bagaimana pula saya dan dua gadis india itu? masalah!Gadis india dan pemuda cina itu menjeling duit syiling di tangan saya.Mungkin cemburu dengan peluang yang saya ada, dan mungkin mereka berharap saya sudi menukarkan dengan salah seorang daripada mereka. Tidak! Saya tidak boleh membuat keputusan yang kritikal seperti itu...

Selongkar punya selonhkar, ada satu not lima ringgit yang masih baru, terselit dalam dompet saya. Saya keluarkan, mereka menjeling...

Saya tekan tiket ke serdang sekali, add lagi, add lagi, sehingga mencukupkan empat. Mereka mengeilingi saya. Empat pasang mata tertumpu kepada not RM5 saya. Dengan lafaz bismillah, saya masukkan ke mesin. Sesaat, dua saat kami menunggu dalam debaran. Tren sudah beberapa kali terlepas. Dan kami sangat berharap ini adalah not bertuah kami...Yes! Akhirnya! harapan itu menjadikenyataan, apabila satu demi satu tiket ke Serdang jatuh di kotak tiket di hadapan kami. pantas mulut saya menyebut Alhamdulillah...Dua gadis India itu dengan lafaz mereka sendiri, dan pemudaitu dengan 'Jesus'nya.. Saat itu barulah saya perasaan, bahawa kami, dari tiga latar belakang yang berbeza, kepercayaan yang berbeza, boleh bersatu hati demi satu impian, Walaupun impian kami ketika itu hanyalah sekeping tiket ke Serdang!
Nampak remeh,kan? Tapi sekeping tiket ke Serdang itulah yang menyatukan empat hati kami, yang sebelum initidak pernah bersua muka. Kalau sekeping tiket ke Serdang yang entah apa-apa itu boleh menyatukan empat kami, so saya rasa,kita sebenarnya perlu ada satu pemangkin yang boleh memberikan impak besar seperti itu juga yang boleh menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita nampak macam bersatu, tetapi masih ada jurang sebenarnya di antara kaum2 di negara kita. Umpama api dalam sekam..Membakar dalam diam... Jangan tunggu sampai ia marak menyala, baru terngadah mencari setimba air untuk memadamkannya..

Gadis India dan pemuda Cina itu berkali2 ucapkan terima kasih kepada saya. Kami berjalan seiringan sambil riang berkongsi pengalaman betapa debaran mengocak hati kami sebentar tadi.. dan yang pasti, saya tidak lagi berbondong-bondong seperti tadi, kerana set comforter saya telah dijinjit pemuda cina itu dan set McD saya dijinjit salah seorang gadis India tersebut. Senang,kan? Bila perpaduan hadir, segalanya menjadi mudah! Tapi bagaimana untuk menghadirkan ia? Itu yang perlu sama-sama kita fikirkan...

( Sambil berjalan itu, saya terdetik juga, tidak adakah kamera yang merakam aksi kami itu untuk dimuatkan dalam iklan Petronas Merdeka tahun depan?) =)


saya suka set cadar aussino, gadis promoternya sgt menawan seperti kamu. silalah ke aussino alamanda, putrajaya.
Thu 21-Feb-2008 04:37
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
Add comment


Sunday, 3-Feb-2008 09:36 Email | Share | | Bookmark
Miss my Mr. Miaooo Miaooo...

me, n him
sibukkan diri masa berkemas nak balik Tioman
 
Tak tau naper, arini teringat sgt kat Nyet, si Mr. Miaooo...Lama rasanya tak main ngan dia. Nyet ni spesies kucing yg agak besar. tambah lak ngan habit makan dia yg melampau2..Kalau letak friskies penuh satu piring dia, satu piring tu la yg dihabiskannya..I better teach him how to get on diet program....

Yg pasti, Nyet adalah seekor kucing yg setia jadi teman...Dia bukan shj manja, tp mcm paham mslh yg kita hadapi. Cerita lah apa sahaja, dia akan pandang dgn mata terkedip2, n then dtg gesel2 kepala besar dia kat kita...Huhuhu


ana...slmat dtg ke fotopages
Mon 4-Feb-2008 10:09
Posted by:Ayien  - [Link]
bes jugak kalo jd nyet..hohoho
Wed 20-Feb-2008 17:46
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
bes jugak kalo jd nyet...hohoho
Wed 20-Feb-2008 17:50
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
Add comment


Sunday, 27-Jan-2008 09:46 Email | Share | | Bookmark
My Last Aidiladha...??

cute ones...
00:00
My sista..
00:00
operasi yag diketuai oleh tok..
00:00
View all 9 photos...
sedikit cebisan kenangan, gambar2 pada Aidiladha terakhir sebelum 'penghijrahan'ku

Care to comment?


Sunday, 27-Jan-2008 07:40 Email | Share | | Bookmark
Tiring Sunday...

Today is Sunday.

Yaa, i am not mistaken the day. The big calendar is always on my messy table. Sunday always comes witn energetic feeling, but today. It is a cloudy, blue sunday. I'm still dizzy from my late sleep last nite...It is moody and Tiring too.. Tired? yeah.. perhaps i can get more rest. we had classes for saturday, i just remember that. What i can do to get over this feeling and very baaaaaaaad mood?

Just remember, when i was little, if i'm afraid of the boogey man who was waiting for me under the bed, i will console myself, "Just sleep..." Yeaah... sleep can make you remember nothing. Trust me.

Care to comment?


Sunday, 27-Jan-2008 07:19 Email | Share | | Bookmark
Sekilas Pandang...

masa...
Ogos 2007
dulu2...
View all 4 photos...
Sekilas pandang, kita mungkin tak menyedari
sudah senja rupanya dunia
sudah renta dimamah usia
sedang kita asyik dibelai masa
leka semua ketika
lupa beza emas dan suasa
bercampur aduk segala
halal haram bukan ada beda
kerana sekilas pandang kita memang telah lupa

'manusia' adalah perkataan arab yg membawa makna 'pelupa'.
Thu 21-Feb-2008 04:41
Posted by:kamal masrun @ aizayuddin
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.